05 November 2006

Inovasi Internet

Dewasa ini, aktiviti dalam dunia digital internet amat menggalakkan. Ruang dunia maya ini yang amat luas untuk diterokai telah membuka pelbagai peluang bagi menjana kekayaan.

Revolusi industri di barat adalah pencetus yang mengalakkan penemuan dan penciptaan telah menjadi titik mula kepada kemajuan moden manusia. Bermula dengan penemuan medan elektromagnetik oleh ahli fizik Denmark, Christian Oersted pada tahun 1820, elektrik oleh Michael Faraday, teknologi telefon oleh Alexender Graham Bell sehinggalah penciptaan komputer elektronik pertama oleh Atanasoft dan Berry pada tahun 1940an yang menjadi asas kepada inovasi internet seperti yang kita gunakan sekarang.

Internet adalah satu medium baru dalam sejarah perhubungan manusia. Ia menjadi alat komunikasi, ruang pemasaran produk, pengiklanan, penyimpanan dan penyampaian maklumat. Ia umpama imej pada ruang realiti namun lebih baik dan menguntungkan kerana menawarkan penjimatan ruang, tenaga, masa. Sebab itulah istilah "segalanya dihujung cari" menceritakan maksud mengenai betapa segalanya mudah dengan internet.

Penggunaa aksara "e-" di hadapan perkataan menunjukkan aplikasi medium elektronik dalam aktiviti yang dimaksudkan seperti e-knowledge, e-banking, e-book, e-job dan banyak lagi.