08 November 2006

Adsense (Pendapatan Iklan Internet)

Khalayak internet telah mengetahui bahawa terdapat banyak peluang untuk menjana kekayaan melalui internet sama ada dengan cara memasarkan produk internet, mengiklankan maklumat perniagaan atau menawarkan perkhidmatan. Pengiklanan dilakukan oleh organisasi-organisasi atau individu-invidu yang ingin menawarkan barangan atau perkhidmatan mereka kepada orang ramai. Iklan menjadi pemangkin utama yang menggalakkan peningkatan jualan kerana ia mempengaruhi minda orang untuk mempercayai maklumat barangan yang ditawarkan. Kepentingan iklan menjadikannya amat berharga. Sebab itulah wujud pula perkhidmatan pengiklanan.

Tujuan iklan sebenarnya untuk menarik perhatian orang ramai agar mempercayai dan seterusnya mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Iklan yang baik mesti mempunyai kekuatan dan bertenaga mencapai sasaran yang ditetapkan. Bagi mendapatkan sasaran tersebut, iklan mesti diletakkan pada tempat yang menjadi tumpuan dan kunjungan orang. Lebih banyak tumpuan maka lebih tinggi peluang untuk mencapai sasaran.

Tempat yang banyak kunjungan pasti akan menarik perhatian iklan untuk diletakkan. Persoalannya bagaimana kita hendak membuat satu tempat yang banyak kunjungan. Iklan-iklan konvensional biasanya diletakkan sama ada secara medium:

a) Fizikal seperti papan iklan gergasi di lebuh raya, bangunan, kenderaan.
b) Media cetak seperti akhbar, majalah, risalah, buku.
c) Media elektronik seperti tv, radio, telefon.


Sekiranya kita ingin memperolehi pendapatan dari iklan-iklan tersebut, persoalan seterusnya mampukah kita menyediakan medium-medium seperti di atas untuk para pengiklan. Jika kita mampu menyediakannya sekalipun, dapatkah kita menarik perhatian pengiklan-pengiklan. Sudah tentu kita perlu mengorbankan banyak masa, tenaga, wang ringgit dan ruang untuk melengkapkan semua itu.

Justeru, hanya dengan medium internet saja kita berpeluang menyediakan 'platform' untuk menarik pengiklan. Internet sebagai tempat pengumpulan, penyimpanan dan penyampaian maklumat pastinya menjadi tumpuan khalayak. Dan tumpuan khalayak inilah yang menarik perhatian pengiklan bagi memaparkan dan seterusnya mempromosikan barangan dan perkhidmatan mereka.

Dengan internet, kita telah mempunyai peluang untuk berkongsi kekayaan dengan perolehan pendapatan iklan. Terdapat dua cara untuk kita menyediakan 'platform' kepada iklan iaitu dengan pembinaan laman web atau blog. Laman web adalah halaman yang mengandungi maklumat sesuatu perkara. Ia boleh memaparkan maklumat organisasi, produk, individu atau sebagainya. Blog pula laman yang bertujuan untuk interaksi. Dengan blog kita boleh memaparkan maklumat dan mendapatkan reaksi dari pengunjung. Ia berbeza dari laman web yang memaparkan maklumat sahaja.

Apabila telah memiliki laman web atau blog, kita boleh menghantar ke enjin carian untuk disenaraikan dan menjadi pilihan pengunjung. Namun kita hendaklah memastikan laman web atau blog kita memaparkan maklumat yang unik dan menarik agar sentiasa dikunjungi. Ia mestilah sentiasa dikemaskini dan dilengkapi dengan maklumat yang berpengetahuan. Laman web ini boleh dimuatkan dengan artikel-artikel yang berinformasi yang menjadi tumpuan pengunjung.

Terdapat banyak enjin carian di internet sekarang untuk kita senaraikan laman web seperti google, yahoo, msn atau program-program lain seperti amazon, bidvertiser, cliksor dan lain-lain. Sekiranya anda boleh mendapatkan sambungan internet, telah membina laman web atau blog, memilki akaun adsense, memiliki kemampuan menghasilkan kandungan maklumat web yang baik dan sedikit masa untuk mengemaskininya secara berterusan maka anda telah berada di garis permulaan landasan yang betul untuk menjana pendapatan dari internet. Dan selepas itu teruskan langkah untuk mempelajari seribu satu rahsia khazanah yang tersembunyi dalam internet. Ilmu yang dipelajari tidak akan habis malah akan semakin bertambah.
(Anda boleh dapatkan panduan lengkap menjana pendapatan dari iklan internet dengan Panduan Raja Adsense versi 3.0 Bahasa Malaysia di http://www.rajaadsense.com/index.php?ref=yusri