10 November 2006

Membina laman Web Atau Blog

Kebelakangan ini apabila rahsia menjana wang dari iklan internet tersebar ramai orang ingin membina laman web dan blog. Mungkin mudah untuk anda membina laman web atau blog sekarang ini antaranya menggunakan Dreamwever, NVU, word atau Powerpoint atau paling mudah dan ringkas dengan menggunakan perkhidmatan percuma seperti Tripod dan Geocities atau Blogger untuk blog.

Memiliki laman web atau blog adalah langkah pertama yang telah anda lakukan. Kemudian anda harus memuatkan laman tersebut dengan kandungan dan maklumat yang baik bagi menarik pengunjung. Anda mesti menghasilkan artikel yang menarik dan bermutu dengan pilihan topik-topik yang sentiasa dicari pengunjung.

Persoalannya bagaimana ingin anda hasilkan artikel-artikel tersebut. Artikel-artikel ini sama ada anda hasilkan secara spontan berdasarkan fikiran anda atau dengan rujukan dari sumber-sumber tertentu. Sekiranya ingin menghasilkan artikel mengenai kereta, sudah pasti anda memerlukan rujukan bagi memastikan artikel tersebut amat menarik. Pengunjung akan berada lama di laman anda sekiranya kandungan laman tersebut memberikan pengetahuan yang ingin dicarinya atau menawarkan maklumat baru yang tidak ditemuinya di tempat lain.

Persoalan kedua ialah pilihan bahasa. Sekiranya anda memilih untuk mendapatkan tumpuan pengunjung dari khalayak yang berbahasa Melayu saja seperti artikel ini, adalah memadai menyediakan artikel di dalam bahasa tersebut. Namun anda pasti terlepas peluang untuk mendapatkan liputan kunjungan yang lebih besar berbanding jika anda menggunakan bahasa Inggeris yang menjadi bahasa antarabangsa dan pengantara internet. Kebanyakan produk-produk internet juga dihasilkan oleh orang Amerika yang menguasia bahasa Inggeris. Satu kerugian besar jika tidak dapat memahami bahasa utama ini.

Berdasarkan statistik pengguna internet, menunjukkan terdapat lebih 1 billion (seribu juta) pengguna internet dunia. Ia merangkumi hampir 17% penduduk dunia. Dari jumlah itu, 25 juta adalah pengguna internet bahasa Malaysia yang meliputi juga pengguna dari Singapura, Indonesia dan Brunei. (www.rahsiainternet.com).

Jika kita ingin mendapatkan peluang yang lebih baik, berusahalah menyediakan laman web di dalam bahasa Inggeris. Pengguna internet yang menguasai pelbagai bahasa lebih beruntung kerana dapat menembusi pasaran web yang lebih luas.

(Anda boleh mendapatkan panduan membina blog di http://www.smartusaha.com

08 November 2006

Adsense (Pendapatan Iklan Internet)

Khalayak internet telah mengetahui bahawa terdapat banyak peluang untuk menjana kekayaan melalui internet sama ada dengan cara memasarkan produk internet, mengiklankan maklumat perniagaan atau menawarkan perkhidmatan. Pengiklanan dilakukan oleh organisasi-organisasi atau individu-invidu yang ingin menawarkan barangan atau perkhidmatan mereka kepada orang ramai. Iklan menjadi pemangkin utama yang menggalakkan peningkatan jualan kerana ia mempengaruhi minda orang untuk mempercayai maklumat barangan yang ditawarkan. Kepentingan iklan menjadikannya amat berharga. Sebab itulah wujud pula perkhidmatan pengiklanan.

Tujuan iklan sebenarnya untuk menarik perhatian orang ramai agar mempercayai dan seterusnya mendapatkan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Iklan yang baik mesti mempunyai kekuatan dan bertenaga mencapai sasaran yang ditetapkan. Bagi mendapatkan sasaran tersebut, iklan mesti diletakkan pada tempat yang menjadi tumpuan dan kunjungan orang. Lebih banyak tumpuan maka lebih tinggi peluang untuk mencapai sasaran.

Tempat yang banyak kunjungan pasti akan menarik perhatian iklan untuk diletakkan. Persoalannya bagaimana kita hendak membuat satu tempat yang banyak kunjungan. Iklan-iklan konvensional biasanya diletakkan sama ada secara medium:

a) Fizikal seperti papan iklan gergasi di lebuh raya, bangunan, kenderaan.
b) Media cetak seperti akhbar, majalah, risalah, buku.
c) Media elektronik seperti tv, radio, telefon.


Sekiranya kita ingin memperolehi pendapatan dari iklan-iklan tersebut, persoalan seterusnya mampukah kita menyediakan medium-medium seperti di atas untuk para pengiklan. Jika kita mampu menyediakannya sekalipun, dapatkah kita menarik perhatian pengiklan-pengiklan. Sudah tentu kita perlu mengorbankan banyak masa, tenaga, wang ringgit dan ruang untuk melengkapkan semua itu.

Justeru, hanya dengan medium internet saja kita berpeluang menyediakan 'platform' untuk menarik pengiklan. Internet sebagai tempat pengumpulan, penyimpanan dan penyampaian maklumat pastinya menjadi tumpuan khalayak. Dan tumpuan khalayak inilah yang menarik perhatian pengiklan bagi memaparkan dan seterusnya mempromosikan barangan dan perkhidmatan mereka.

Dengan internet, kita telah mempunyai peluang untuk berkongsi kekayaan dengan perolehan pendapatan iklan. Terdapat dua cara untuk kita menyediakan 'platform' kepada iklan iaitu dengan pembinaan laman web atau blog. Laman web adalah halaman yang mengandungi maklumat sesuatu perkara. Ia boleh memaparkan maklumat organisasi, produk, individu atau sebagainya. Blog pula laman yang bertujuan untuk interaksi. Dengan blog kita boleh memaparkan maklumat dan mendapatkan reaksi dari pengunjung. Ia berbeza dari laman web yang memaparkan maklumat sahaja.

Apabila telah memiliki laman web atau blog, kita boleh menghantar ke enjin carian untuk disenaraikan dan menjadi pilihan pengunjung. Namun kita hendaklah memastikan laman web atau blog kita memaparkan maklumat yang unik dan menarik agar sentiasa dikunjungi. Ia mestilah sentiasa dikemaskini dan dilengkapi dengan maklumat yang berpengetahuan. Laman web ini boleh dimuatkan dengan artikel-artikel yang berinformasi yang menjadi tumpuan pengunjung.

Terdapat banyak enjin carian di internet sekarang untuk kita senaraikan laman web seperti google, yahoo, msn atau program-program lain seperti amazon, bidvertiser, cliksor dan lain-lain. Sekiranya anda boleh mendapatkan sambungan internet, telah membina laman web atau blog, memilki akaun adsense, memiliki kemampuan menghasilkan kandungan maklumat web yang baik dan sedikit masa untuk mengemaskininya secara berterusan maka anda telah berada di garis permulaan landasan yang betul untuk menjana pendapatan dari internet. Dan selepas itu teruskan langkah untuk mempelajari seribu satu rahsia khazanah yang tersembunyi dalam internet. Ilmu yang dipelajari tidak akan habis malah akan semakin bertambah.
(Anda boleh dapatkan panduan lengkap menjana pendapatan dari iklan internet dengan Panduan Raja Adsense versi 3.0 Bahasa Malaysia di http://www.rajaadsense.com/index.php?ref=yusri

05 November 2006

Penjana Pendapatan Internet

Terdapat pelbagai cara dan kaedah untuk mendapatkan pendapatan dari internet seperti:

1) Menjual maklumat.
2) Menjual produk / perkhidmatan.
3) Menjadi affiliate marketeer.
4) Menyertai MLM online.
5) Program HYIP
6) Program pelaburan seperti swisscash, forex dan sebagainya.
7) Membaca paid email dan iklan.
8) Menjadi reseller web hosting.
9) Membina laman web / blog dan pamerkan iklan.

1) Menjual maklumat.

Antara sebab utama orang melayari internet adalah untuk mencari maklumat secara mudah. Mereka boleh mencari melalui cara konvensional seperti perpustakaan, badan-badan dan organisasi atau bahan-bahan bercetak namun ia amat meremehkan. Internet menjadi pilihan terbaik kerana lebih pantas dan menjimatkan. Oleh itu, memasarkan maklumat adalah menjadi peluang terbaik untuk menjana pendapatan. Namun begitu, anda mestilah memiliki maklumat yang lengkap dan terkini. Status maklumat akan menentukan harga. Lebih sukar maklumat didapati maka lebih tinggi harga yang ditawarkan. Maklumat ini boleh dimuatkan sebagai artikel atau dijadikan sebuah buku. Blog yang anda baca ini adalah contoh strategi serampang dua mata iaitu untuk penyebaran maklumat dan juga pemasaran produk.

(Anda boleh dapatkan koleksi artikel dari saya di http://e-artikel.blogspot.com/


2) Menjual produk / perkhidmatan.

Internet juga boleh dijadikan tempat untuk berurusniaga bagi menjual produk atau perkhidmatan. Produk yang dijual boleh meliputi aspek digital seperti artikel, buku, perisian, scripts, tools, grafik, laman web, audio, video dan lain-lain. Kelebihan urusniaga internet ini ialah semua aktiviti dibuat secara maya melalui muat turun. Selain produk digital, barangan dan perkhidmatan lain juga boleh dilakukan melalui internet tanpa aktiviti fizikal kecuali untuk penghantaran. Urusniaga di e- bay adalah contoh terbaik.

Terdapat dua cara untuk menjual produk atau perkhidmatan. Pertama hasilkan sendiri dan jual dengan harga dikehendaki. Cara ini memakan masa kerana perlu membuat kajian. Kedua beli produk orang lain dan kemudian jual semula dengan syarat mempunyai lesen Private Label Rights atau Master Resell Rights.

(Anda boleh dapatkan koleksi perisian, tools, scripts dari saya di http://e-netproduk.blogspot.com/


3) Menjadi affiliate marketeer.

Ini adalah cara yang paling mudah dan cepat. Affiliate bermakna kita memperkenalkan produk atau program kepada orang lain dengan menggunakan rujukan kita. Untuk mendapatkan affiliate, biasanya kita perlu membeli dahulu produk tersebut sebelum diberi kelayakan untuk perkenalkan kepada orang lain. Namun untungnya ialah kita akan memperolehi balik modal beli jika prospek yang diperkenalkan juga berminat dengan produk tersebut. Ia bergantung kepada berapa komisen yang ditetapkan dan jumlah prospek yang diperlukan. Lebih ramai prospek lebih banyak pendapatan diperolehi. Cara affiliate diminati kerana pembeli akan mendapatkan produk disamping pendapatan serta tidak membuat servis lepas jualan dan pemilik pula dapat memastikan program dan produk dapat terus diperkenalkan dengan lebih cepat.


4) Menyertai MLM online.

MLM singkatan Multi Level Marketing secara online adalah juga cara untuk menjana pendapatan. Penggunaan internet bagi aspek promosi dapat meluaskan lagi pasaran dan merangsang pertumbuhan pendapatan. Kebanyakan MLM juga mengaplikasikan sistem affiliate yang terbukti salah satu kaedah terbaik bagi pemasaran produk.


6) Program pelaburan seperti swisscash, forex, saham, komoditi dan sebagainya.

Program pelaburan di internet sudah lama wujud. Internet dijadikan medium bagi urusniaga ini. Terdapat banyak program seperti ini yang menawarkan keuntungan. Antara pelaburan yang popular ialah emas, matawang dan saham.Namun harus berhati-hati kerana bila disebut pelaburan bermakna ia mempunyai risiko.


7) Membaca paid email dan iklan.

Ini adalah kaedah terbaru bagi menjana pendapatan. Dengan hanya membaca email atau iklan kita akan dibayar. Prinsip program ini ialah kita dibayar ke atas masa yang kita peruntukkan untuk melihat iklan-iklan ini. Pemilik program ini menerima iklan-iklan produk atau perkhidmatan dari pengiklan dan memaparkan kepada kita sebagai prospek yang akan membeli produk tersebut. Bayaran adalah tidak menentu bergantung kepada kepopularan program. Ada yang membayar serendah USD0.10 hingga USD3.00 bagi setiap jam.
`

8) Menjadi reseller web hosting.

Ini juga antara pendapatan sampingan yang boleh dilakukan kerana web hosting adalah antara keperluan di internet.


9) Membina laman web / blog dan pamerkan iklan.
Kaedah ini adalah yang biasa digunakan. Memilki laman web / blog dan kemudian meletakkan iklan (adsense) enjin carian. Anda akan dibayar bila pengunjung meninjau iklan adsense yang terpapar di laman anda. Rujuk artikel seterusnya Pendapatan Dari Iklan Internet.


10)Membina laman iklan.

Kaedah seterusnya ialah dengan membuat laman iklan percuma seperti mana yang terdapat banyak kat Malaysia ni. Anda boleh gunakan script percuma samada asp atau php mengikut kemahiran anda. Caranya ialah dengan biar orang letakkan iklan secara percuma bagi mendapatkan banyak trafik selepas itu anda boleh cajkan untuk iklan premium seperti banner dan hotlist. Namun anda harus rajin mempromosikan laman ini agar lebih dikenali dan menarik ramai pengunjung.

Namun dalam keghairahan mencari peluang jangan lupa dan terpedaya dengan dengan program 'Scam' yang bersepah di internet. Ramai individu yang terpedaya dan menghabiskan masa dan wang ringgit dengan sia-sia. Buatlah keputusan bijak.

Inovasi Internet

Dewasa ini, aktiviti dalam dunia digital internet amat menggalakkan. Ruang dunia maya ini yang amat luas untuk diterokai telah membuka pelbagai peluang bagi menjana kekayaan.

Revolusi industri di barat adalah pencetus yang mengalakkan penemuan dan penciptaan telah menjadi titik mula kepada kemajuan moden manusia. Bermula dengan penemuan medan elektromagnetik oleh ahli fizik Denmark, Christian Oersted pada tahun 1820, elektrik oleh Michael Faraday, teknologi telefon oleh Alexender Graham Bell sehinggalah penciptaan komputer elektronik pertama oleh Atanasoft dan Berry pada tahun 1940an yang menjadi asas kepada inovasi internet seperti yang kita gunakan sekarang.

Internet adalah satu medium baru dalam sejarah perhubungan manusia. Ia menjadi alat komunikasi, ruang pemasaran produk, pengiklanan, penyimpanan dan penyampaian maklumat. Ia umpama imej pada ruang realiti namun lebih baik dan menguntungkan kerana menawarkan penjimatan ruang, tenaga, masa. Sebab itulah istilah "segalanya dihujung cari" menceritakan maksud mengenai betapa segalanya mudah dengan internet.

Penggunaa aksara "e-" di hadapan perkataan menunjukkan aplikasi medium elektronik dalam aktiviti yang dimaksudkan seperti e-knowledge, e-banking, e-book, e-job dan banyak lagi.